Wednesday, June 24, 2009

dapatkan pengesanan awal


PENYAKIT TIBI


APAKAH ITU PENYAKIT TIBI ?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti : otak, tulang, kelenjar, kulit, buah pinggang.


TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI

Batuk berterusan lebih dari 2 minggu

Kahak yang mengandungi darah

Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam

Susut berat badan dan hilang selera malam

Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang

Mudah letih


CARA JANGKITAN

Kuman Tibi disebabkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk @ bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.


CARA MENGESAN TIBI

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta :

# melakukan pemeriksaan kahak dan/atau
# menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan @ hospital terdekat


RAWATAN TIBI DOTS

DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.

Prinsip-prinsip DOTS adalah :

# pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
# 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
# pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik


PENCEGAHAN

Dapatkan suntikan BCG bagi : bayi yang baru lahir dan murid sekolah darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan

Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu

Kontek, iaitu ahli keluarga @ individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan


NASIHAT AM

Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi

Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap

Amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang


sumber : pamplet kementerian kesihatan malaysia


Friday, June 12, 2009

kuasa sentuhan


mesti tahu

sentuhan adalah komunikasi di awal kelahiran bayi. kajian yang telah dilakukan mengenai perkembangan bayi seluruh dunia mendapati kuasa sentuhan memberikan kesan positif kepada bayi.

  1. bayi yang baru dilahirkan mampu merasa sentuhan daripada ibu dan ayahnya. sentuhan yang dilakukan dengan kasih sayang dapat menenangkan bayi yang berada dalam keadaan yang tidak selesa
  2. ketika baru lahir, tanganya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki. bayi juga akan bertindak balas apabila disentuh dan diagah oleh ibu bapanya
  3. peluk, dukung dan mengurut bayi merupakan satu cara untuk merangsang deria sentuhan. jangan tinggalkan bayi terlalu lama bersendirian kerana ini akan menghalang bayi dari mendapat rangsangan sentuhan
  4. sentuhan membuatkan bayi merasa dirinya selamat dan dilindungi oleh kedua ibu bapanya. pegangn dan belailah tangannya. kemudian sentuh pada bahagian belakangnya. sentuhan ini akan membuatkan bayi berasa selesa
  5. bagi bayi pramatang pula, sentuhan adalah terapi baginya. ia adalah keperluan untuk menambahkan berat badannya dan juga mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami bayi. sekaligus mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi ini
  6. sebelum bayi dapat melihat dengan jelas, melalui sentuhan bayi belajar tentang dunia persekitarannya, emosi dan fizikal. bahkan kelembutan barang permainan pertamanya !

saiz otak bayi ketika dilahirkan ialah 25 peratus daripada saiz otak orang dewasa. manakala bayi ketika dilahirkan dibekalkan dengan 100 bilion sel. otak bayi akan berkembang dengan sempurna sekiranya mendapat zat yang seimbang dari pemakanan, dijaga dari sebarang kecederaan fizikal dan mendapat rangsangan yang betul .