Oleh : Rahaiza Ismail
Dari : Majalah Harmoni
SUSU ibu adalah pembekal khasiat terbaik untuk tumbesaran bayi. Atas sebab itu, setiap wanita bergelar ibu disarankan memberi penyusuan ibu secara ekslusif sehingga usia bayi mencecah enam bulan ke atas. Selain membekalkan khasiat, susu ibu juga berupaya mencegah serangan penyakit serta meningkatkan daya ketahanan bayi melawan penyakit.
Justeru, sial pemakanan dan langka-langkah keselamatan juga perlu diambil kira sepanjang tempoh penyusuan ibu. Ini kerana tidak semua ibu yang baru melahirkan bayi mengetahui cara terbaik untuk menambah dan mengekalkan susu badan dalam tempoh yang lama. Tanpa pemakanan yang baik serta diet yang sihat, susu ibu ada kala semakin berkurangan dan kurang khasiat bagi menampung keperluan bayi mereka.
Menerusi buku Bayi & Kanak-kanak oleh Dr. Carol Cooper, terdapat beberapa cara yang boleh diikuti para ibu yang sedang menyusukan bayi mereka. Selain pemakanan yang seimbang, para ibu juga diingatkan supaya berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang menyusu badan.
CARA MENGEKALKAN BEKALAN SUSU ?
Penghasilan susu berdasarkan bekalan dan permintaan. Bayi yang sudah agak besar biasanya memerlukan lebih banyak makanan dan akan menyusu lebih kerap daripada bayi yang bersaiz kecil. Penting bagi anda berada dalam keadaan relaks apabila bayi menyusu - ketegangan boleh menghalang refleks melepas. Oleh sebab kesihatan anda mempengaruhi bekalan susu, jaga diri anda. Berehatlah secukupnya dan tidur di tenga hari adalah baik kerana ia akan meningkatkan bekalan susu pada awal petang. Selain itu, tangguhkan kerja yang berat dan elakkan senaman yang terlalu menggunakan tenaga. Walaupun anda sangat bertenaga dan cergas, namun aktiviti ini akan menggunakan kalori dan dipercayai meningkatkan kandungan asid laktik dalam susu. Minumlah banyak air dan makan makanan seimbang dan berzat. Anda memerlukan hidangan yang tetap sepanjang hari. Anda mungkin hendak mengurangkan berat badan tetapi jangan berdiet. Ini bukan masanya.
BOLEHKAH SAYA MENINGKATKAN BEKALAN SUSU ?
Banyakkan berehat. Anda juga boleh cuba berbaring di katil pada kebanyakan masa dalam sehari dengan membawa bayi anda bersama-sama. Ketepikan semua urusan rumah tangga yang biasa dan mintalah bantuan pasangan anda, ahli keluarga atau rakan anda. Pastikan anda makan dengan baik, minum banyak air dan menyusukan bayi sekerap mungkin. Dalam 48jam, anda sepatutnya telah dapat meningkatkan bekalan dan menghasilkan banyak susu. Jika anda masih risau, berjumpalah dengan doktobr.
APAKAH MAKANAN YANG PATUT DIELAKKAN ?
Secara umum, tiada bahan yang patut anda elakkan selagi anda memakan makanan yang selamat dan berkhasiat. Tetapi jika terdapat kes alahan, anda boleh elakkan mengambilnya. Sesetengah wanita mendapati makanan pedas, buah sitrus atau kekacang menggnaggu penghadaman bayi, mengakibatkan bayi selalu menangis atau cirit-birit. Jika demikian, anda sepatutnya menelakkan makanan ini dalam diet anda.
BERAPA BANYAK AIR YANG PATUT DIMINUM ?
Seberapa banyak yang anda mahu. Ramai wanita berasa sangan dahaga pada permulaan suatu penyusuan. Sediakan minuman berdekatan anda sebelum anda menyusukan bayi. Namun, jangan paksa diri anda minum jika anda tidak mahu minum, kerana terlalu banyak minum air tidak akan menghasilkan lebih banyak susu.
BOLEHKAH AMBIL UBAT KETIKA MENYUSU BAYI ?
Ibu yang menyusukan bayi ada kalanya tidak menyedari ubatan yang diambil boleh menjejaskan bayi mereka. Justerus, anda dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubatan tertentu. Ini kerana ubatan yang diambil akan masuk ke dalam susu ibu.
Misalnya, aspirin yang diambil ibu boleh menyebabkan bayi mengalami pendaharan berlebihan dengan kesan yang berbahaya. Ini mungkin berlaku apabila bahan ini diambil pada dos yang tinggi. Bagi kesakitan kecil seperti demam @ selesema, parasetamol merupakan alternatif yang baik. Walaupun bahan ini juga masuk ke dalam susu ibu, kuantitinya terlalu kecol untuk memberi kesan. Anda juga boleh memberi susu botol pada bayi anda dalam topoh andan mengabil ubatan.
Ubatan berbahaya yang boleh masuk ke dalam susu ialah :
- antibiotik tertentu seperti tetracycline
- beberapa bahan antitekanan seperti fluosetin
- kebanyakan ubat untuk tekanan darah tinggi
- pil pencegahan kehamilan gabungan estrogen-progestrogen. Ia menghalang penghasilan susu. bagaimanapun anda boleh mengambil pil progestogen harian.
- jika anda dipreskribkan dengan sejenis ubat atau hendak membli ubat difarmasi, anda dinasihatkan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
