PENYAKIT TIBI
APAKAH ITU PENYAKIT TIBI ?
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.
Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti : otak, tulang, kelenjar, kulit, buah pinggang.
TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI
Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
Kahak yang mengandungi darah
Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hilang selera malam
Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah letih
CARA JANGKITAN
Kuman Tibi disebabkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk @ bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.
CARA MENGESAN TIBI
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta :
# melakukan pemeriksaan kahak dan/atau
# menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan @ hospital terdekat
RAWATAN TIBI DOTS
DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.
Prinsip-prinsip DOTS adalah :
# pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
# 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
# pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik
PENCEGAHAN
Dapatkan suntikan BCG bagi : bayi yang baru lahir dan murid sekolah darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan
Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu
Kontek, iaitu ahli keluarga @ individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan
NASIHAT AM
Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi
Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap
Amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang
sumber : pamplet kementerian kesihatan malaysia

0 orang komen:
Post a Comment