Friday, March 13, 2009
Keajaiban PEGAGA
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memperakui pegaga atau nama saintifiknya, Centella Asiatica kaya dengan pelbagai ramuan perubatan.
Malah WHO turut mengiktiraf pegaga sebagai herba penjana kecerdasan fikiran dan tergolong dalam kelompok 20 herba ubatan terbaik dunia.
Keberkesanan khasiat pegaga bagi mengubati penyakit kardiovaskular turut dimuatkan di dalam buku Malaysia Medicinal Plants for The Treatment of Cardiovascular Diseases. Penyakit kardiovaskular ini meliputi kesihatan jantung dan pembersihan darah. Manakala Dr. Robert D Willix Jr dalam bukunya, Health And Longevity Newsletter pula menggelar pegaga sebagai herba ajaib kerana ia membantu peredaran darah, darah rendah dan kesihatan kulit.
Keajaiban pegaga bukanlah baru dikesan sebaliknya ia telah tercatat di dalam manuskrip Ayuverdic India sejak lebih 4,000 tahun dan Shennong Herbal di Cina sejak 2,000 tahun dahulu.
Pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga menjadikan individu awet muda, mengelakkan kegemukan dan mengurangkan panas badan. Selain itu, pegaga juga dapat dijadikan penawar alahan, ubat antikanser, melawaskan air kencing, penawar batu karang, kencing berdarah, ulser, cirit-birit, darah tinggi dan menurunkan tekanan darah. Tidak ketinggalan dapat mengubati selesema, sakit kuning, penawar keracunan cendawan, gigitan ular, menguatkan daya ingatan, mengubati nyanyuk, mengubati gangguan emosi, insomnia dan menjana kecerdasan minda.
*** Secara peribadi dari saya, saya mengamalkan produk dari HPA (Herba Penawar Al-Wahida) selama 7 tahun, syukur alhamdulillah produk ini berasaskan PEGAGA dan kesihatan saya bertambah baik lebih lagi saya seorang pekerja, ibu dan isteri. Boleh beli secara online DI SINI dan boleh merujuk ke web INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 orang komen:
Post a Comment